ExperienceCORE
Mencipta produk unik melalui perpaduan yang menyatukan pendekatan bisnes, organisasi dan pemikiran kreatif untuk mendapatkan kelebihan strategik melalui inovasi dan desain.
Banyak syarikat mengalami masalah mendesain pengalaman pelanggan baru kerana mereka sering melihat masalah dari perpektif yang lumrah. Klien kami adalah mereka yang ingin mendapatkan pandangan yang ada kelainan dan yang menyerlahkan perbezaan, Persaingan dalam dunia perniagaan semakin sengit, pendekatan cara lama tidak mungkin dapat bersaing.
Pendekatan Kami
Merubah perkhidmatan dan produk melalui inovasi dan pemikiran kreatif agar dapat membentuk semula cara memberi perkhidmatan.
Tweet Line: Berwaspada apabila diri berasa semuanya sudah diketahui, kerana sebenarnya apa yang diketahui adalah amat sedikit.
Mencipta jenama baru
Setelah memberi khidmat kepada klien dalam pelbagai industri diserata dunia, kami meneliti idea-idea dengan perspektif yang berdasarkan pengalaman. Apabila pengalaman ini menggabungkan kekuatan bisnes dan keajaiban desain, kesannya sangat mengkagumkan.
Merubah pengalaman produk
Dalam dunia yang dibanjiri aneka produk, menyatakan produk kita berkualiti sahaja tidak lagi mencukupi. Kita perlu mencipta pengalaman produk yang menakjubkan agar dapat menyerlah. Oleh itu kami mengkaji dengan teliti proses-proses dalaman sesebuah organisasi itu untuk memastikan ianya selari dengan pengalaman jenama yang diinginkan. Dengan adanya pengetahuan mengenai cara-cara organisasi itu berfungsi membolehkan kami merubah pengalaman produk yang menakjubkan.
Merubah pengalaman perkhidmatan
Pengalaman perkhidmatan yang hebat adalah mengenai kepercayaan yang kuat dan mendesain proses menyeluruh. Kebanyakan pengalaman perkhidmatan gagal kerana kakitangan tiada peluang menjadi sebahagian dari proses kreatif serta tidak diperkasa untuk menambah nilai. Dengan memperbaharui model perkhidmatan dan kemudian mendesain semula proses-proses dan pengalaman pelanggan, kami bantu jenama itu menjadi lebih berkesan untuk merubah pelanggan menjadi penyokong.
Cabaran
- Ketidakjelasan
- Ketidakupayaan merealisasikan visi
- Kurangnya keupayaan menarik pelabur
- Kelainan tidak menyerlah
Situasi
- Bisnes baru
- Produk baru
- Perkhidmatan baru
- Konsep peruncitan baru
Hasil
- Mengurangkan risiko start-up
- Harta intelektual yang ada kelainan
- Penerimaan yang cepat kerana status global
- Pengalaman perkhidmatan pelanggan berbeza daripada saingan
Perkhidmatan
- Meneliti semula Model Bisnes
- Mendesain Model Tujuan
- Mendesain Pengalaman Jenama
- Mendesain Pengalaman Produk
- Mendesain Pengalaman Perkhidmatan
Pense diferente













